Saturday, 7 April 2012

Jom berpidato

KOKURIKILUM MEMBENTUK INSAN CEMERLANG (1)

SEJAMBAK KASIH, SEKALUNG BUDI SAYA NOBATKAN KEPADA KEPIMPINAN MAJLIS, KOBINASI AMPUH PIHAK KEHAKIMAN DAN SETRUSNYA SIDANG INTELEKTUAL SEKALIAN. ASSALAMUAIKU…..
MALAYSIA KU INDAH NEGARA TERBILANG,
SUDAH TERKENAL DI MATA DUNIA,
KOKURIKULUM MEMBENTUK INSAN CEMERLANG,
TAJUK PIDATO PILIHAN SAYA.

KOKURIKULUM MERUPAKAN AKTIVITI  LUAR  BILIK DARJAH YANG BESAR PERANANNYA DALAM MEMBANTU MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG.PELBAGAI AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH UNIT BERUNIFORM,KELAB DAN PERSATUAN SERTA SUKAN DAN PERMAIANAN  BOLEH DISERTAI OLEH PELAJAR UNTUK MEMANTAPKAN LAGI SAHSIAH DAN KETRAMPILAN DIRI MEREKA.TIADA SIAPA BOLEH MENYANGKAL KENYATAAN INI KERANA AKTIVITI YANG DIJALANKAN  SEPERTI YANG KITA SERTAI HARI INI MENUNTUT  KOMITMEN YANG TINGGI DARI SEGI EMOSI, JATI DIRISERTA  KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL.BUKAN CALANG-CALANG INDIVIDU YANG MAMPU MELAKUKANNYA MELAINKAN INDIVIDU YANG CEMERLANG JIWANYA .
WARGA INTELEKTUAL YANG BUDIMAN,
MENGUTAMAKAN  DISIPLIN ,KERJASAMA  DIJUNJUNG, PERPADUAN  ERAT BEGITULAH IDEA UTAMA BICARA SAYA PADA HARI INI.MEMANG SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, SETIAP INDIVIDU YANG BERGIAT AKTIF DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM PERLU DAPAT MENYESUAIKAN DIRI DALAM AKTIVITI BERKUMPULAN.CONTOHNYA DALAM PERTANDINGAN BERPASUKAN SEPERTI BOLA SEPAK,BOLA JARING HATTA BADMINTON BERPASUKAN JUGA MEMERLUKAN KERJA SAMA ANTARA PEMAIN.JIKA TIDAK ADA  DISIPLIN,PERSEFAHAMAN,BERSATU PADU  DAN KERJASAMA TENTU SEKALI PASUKAN INI MENEMPAH KEKECEWAAN.  APABILA TELAH DILATIH DENGAN SIKAP INI SETIAP INDIVIDU AKAN MEMPARAKTIKKNNYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DALAM KONTEKS MASYARAKAT MAJMUK KITA.INILAH INSAN CEMERLANG YANG AMAT DIDAMBAKAN OLEH PERDANA MENTERI KITA KE ARAH MEREALISASIKAN IMPIAN SATU MALAYSIA.

WARGA DEWAN YANG DIMULIAKAN,
BERALIH BICARA KE IDEA KEDUA. BERFOKUS KEPADA LEMBAYUNG KATA MEMAKSIMUNKAN PENGISIAN MASA MENJAUHKAN KERUNTUHAN MORAL.UMUM  TELAH MAKLUM  INDIVIDU YANG BERGIAT DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM SENTIASA DICEMBURUI OLEH MASA. TANPA PENGURUSAN MASA YANG SEMPURNA SUKAR UNTUK MEREKA CEMERLANG DALAM KOKURIKULUM , GEMILANG DALAM AKADEMIK DAN TERBILANG DALAM KEHIDUPAN MENDATANG. MEREKA  PERLU MENGGUNAKAN MASA SECARA MAKSIMUM  DAN SENTIASA BERSIKAP PROFESIONAL. MEREKA TIDAK MEMPUNYAI MASA SENGGANG UNTUK MELEPAK DAN BERFOYA-FOYA.OLEH ITU MEREKA DAPAT MENJAUHKAN DIRI DARIPADA TERJERUMUS KE LEMBAH KERUNTUHAN MORAL.KERUNTUHAN  MORAL REMAJA HARI INI MERUPAKAN BARAH YANG SUKAR DIUBATI DAN KIAN RAKUS MENULAR.NATIJAHNYA  KOKURIKULUM  MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG  YANG DAPAT MEMAKSIMUMKAN PENGISIAN MASA  SERTA  SIHAT ROHANI DAN JASMANINYA UNTUK MENYUMBANG KEPADA KELUARGA, AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

SIDANG DEWAN YANG BUDIMAN,
MENERUSKAN BICARA DENGAN CETUSAN IDEA KETIGA DARIPADA SAYA.KITA HAYATI PREMIS KATA JATI DIRI DISEMAI, MENJULANG SEMANGAT JUANG KE ARAH KECEMERLANGAN.KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DIUKUR DENGAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG SUNGGUH MENCABAR. MEREKA HARUS MELALUI PERTANDINGAN PERINGKAT KELOMPOK,ZON ,DAERAH ,NEGERI DAN KEBAGSAAN SEBELUM BERGELAR JUARA. KEJAYAAN SESEORANG YANG BERGIAT AKTIF DALAM KOKURIKULUM MEMERLUKAN KOMITMEN YANG TINGGI. MEREKA HARUS MEMPUNYAI JIWA YANG KENTAL,BERANI MENGHADAPI CABARAN DAN TIDAK MUDAH MENYERAH KALAH.MEREKA SAMA SEKALI TIDAK AKUR KEPADA SIKAP PUTUS  ASA MELAINKAN BINGKAS BANGUN MEMBAIKI KELEMAHAN DIRI DAN MEMBINA KEYAKINAN UNTUK MENGUASAI  KEJAYAAN.MENYEDARI HAKIKAT INI MEREKA DAPAT MENERIMA KEKALAHAN TETAPI SENTIASA BERSIKAP POSITIF DALAM  MENAGANI CABARAN YANG MENDATANG. INILAH INSAN CEMERLANG YANG TINGGI JATI DIRINYA DALAM MEMPERJUANGKAN  KEDAULATAN  NEGARA KITA AGAR DUDUK SAMA RENDAH BERDIRI SAMA TINGGI DENGAN NEGARA-NEGARA MAJU DI PERINGKAT GLOBAL.

HADIRIN YANG BERJIWA SETIA ,
PENGUKUH KEPADA TIGA IDEA  YANG BERLALU KITA SINGKAP IDEA KEEMPAT.ADUNAN KOSA KATA KEPIMPINAN UNGGUL,TOLENRASI DISANJUNG,DIPLOMASI DIJUNJUNG MEYUMBANG KECEMERLANGAN INSAN. DALAM SETIAP KELOMPOK YANG BESAR ,PERLU ADA PEMIMPIN YANG DAPAT MENENTUKAN HALA TUJU YANG JITU.BEGITULAH JUGA  DALAM SETIAP UNIT KOKURIKULUM PERLU ADA BARISAN PEMIMPIN  YANG DAPAT  MENENTUKAN JATUH BANGUNNYA ORGANISASI MEREKA. BARISAN KEPIMPINAN PERLU MENGAMALKAN SIKAP TOLENRASI AGAR SETIAP AHLI MERASAKAN DIRI MEREKA ADALAH PENYUMBANG YANG BAIK DALAM PASUKAN. JIKA INGIN MENOLAK SESUATU PENDAPAT , PERLU DILAKUKAN DENGAN PENUH DIPLOMASI SEPERTI MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG AGAR TIDAK ADA YANG TERGURIS RASA.KEPIMPINAN UNGGUL YANG MENGAMALKAN SIKAP TOLENRASI YANG  PENUH DIPLOMASI AKAN MUDAH MENCAPAI KEJAYAAN KERANA SENTIASA MENDAPAT SOKONGAN. INSAN CEMERLANG INI  AKAN MEWARISI NEGARA PADA MASA AKAN DATANG.MEREKA MENJADI PEWARIS YANG  AKAN MELESTARIKAN  PENGUASAAN MALAYSIA  DI PERINGKAT ANTARABANGSA.
SIDANG DEWAN YANG MENCINTAI KEHARMONIAN,
TIRAI PIDATO  SAYA LABUHKAN DENGAN KATA-KATA UNTUK RENUNGAN,
DISIPLIN DIRI DAN  KERJA SAMA AKAN MENGERATKAN PERPADUAN.
PENGISIAN MASA TERLUANG MENGGELAKKAN KERUNTUHAN MORAL BERKEMBANG.
PENINGKATAN JATI DIRI  MELAHIRKAN INSAN  BERSEMANGAT JUANG.
PENERAPAN KEPIMPINAN UNGGUL MEMBENTUK    MALAYSIA CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG.
SEGALANYA BERMULA DENGAN  KEJAYAAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG MEMBENTUK INSAN CEMERLANG.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

3 comments:

  1. salam...
    jom follow blog saya..
    http://cikguliza65.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..cikgu, boleh saya na copy teks pidato ini untuk pertandingan pidato pra u peringkat negeri kelantan??
    saya buntu nak buat teks pidato ni...

    ReplyDelete